Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia



Bagi pihak guru-guru, kakitangan dan pelajar sekolah ini, saya mengucapkan selamat melayari laman blog sekolah kami dan terima kasih di atas kunjungan anda. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyadurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai sekolah melalui inovasi ini. 

Pertemuan kita di dalam internet menggambarkan kejayaan kerana meletakkan sekolah di jendela dunia yang tidak mempunyai sempadan dalam era siber ini. Melalui laman blog ini saya berharap semua bekas pelajar SK. Mandalom Lama akan dapat berhubung semula dengan sekolah lama mereka dan seterusnya memberi sokongan dan bantuan untuk memajukan lagi sekolah ini.

Semua bekas guru dan guru besar juga dijemput untuk menghubungi kami melalui e-mel. Kepada semua kenalan, pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan dan komen bagi meningkatkan lagi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran sekolah ini. 

Saya di sini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan laman blog sekolah ini.

"SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG SEKOLAH KAMI"

Winnie Sayun
Guru Besar 
SK. Mandalom Lama, Tenom
Sabah.

Read more...

Visi & Misi



VISI
Membekalkan ilmu pendidikan untuk cemerlang.
 


MISI
SK. Mandalom Lama mendukung visi yang murni iaitu membekalkan ilmu yang mantap serta dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Untuk merealisasikannya, pendidikan yang bersepadu menjadi landasan untuk mencapai kecemerlangan.

Read more...

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Mandalom Lama telah ditubuhkan pada tahun 1966 oleh pihak Majlis Daearah Tenom. Penubuhan sekolah ini adalah atas permintaan penduduk kampung memandangkan anak-anak di sekitar kampung ini terpaksa berjalan kaki sejauh 5 hingga 6 kilometer untuk pergi ke sekolah yang terdekat iaitu Sekolah Kebangsaan Entabuan.


Bangunan sekolah pertama dibina oleh Majlis Daerah Tenom dengan keluasan 30x18 dan sebuah rumah guru. Ianya mula digunakan pada 15hb Februari 1967. Guru Besar yang pertama di sekolah ialah Encik Gait @ Abu Bakar Karioh dan bilangan murid pada masa itu hanya lapan orang sahaja.

Pada tahun 1975, bangunan sekolah telah ditambah sebanyak dua buah bangunan dan dua buah rumah guru bagi menampung bilangan murid yang bertambah ramai. Setiap bangunan mempunyai dua buah bilik darjah dan sebuah stor alat. 


Sekolah ini dirasmikan oleh Dato Haji Alip Bin OKK Haji Arshad pada 16hb Mei 1975 setelah bangunan baru itu siap.

Sekolah ini adalah jenis sekolah campur dan waktu persekolahan satu sidang (pagi) sahaja.

Kebanyakan murid-murid yang belajar di sekolah ini berasal dari kampung yang berdekatan seperti Kampung Bulun, Kampung Mandalom Lama, Kampung Mandalom Baru, Kampung Seri Menanti, Kampung Barung, Kampung Namatan, Kampung Tinibui, Kampung Tumantalik dan Kampung Pantungon Laut yang mana kebanyakan ibu bapa mereka berpendapatan rendah.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP